Social Icons

Featured Posts

Thursday, 28 March 2013

Usahawan Kecantikan - Natasya




Syarikat Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2004 untuk mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan & penjagaan kesihatan wanita berjenama Natasya. Dengan bermula secara kecil-kecilan pada awal tahun 2000, perniagaan hasil usaha suami-isteri ini berkembang maju sehingga ke hari ini.
Produk Natasya diasaskan oleh Datin Hajah Muniroh Kasim dengan dua produk pada permulaannya iaitu sabun kolagen dan krim malam yang berasaskan 100% herba. Hasil kajian Datin Hajah Muniroh yang dibantu suami dan kerjasama dengan para saintis, kini terdapat lebih daripada 19 produk jenama Natasya yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Ibu pejabat syarikat terletak di Damansara, Selangor yang menempatkan pejabat urusan, jabatan akaun, pemasaran, IT dan latihan. Perancangan yang teliti dan usaha yang gigih membuahkan hasil dan kini Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd telah memiliki kilang sendiri di Parit Buntar, Perak yang berstatus lima bintang.
Dari segi pengedaran produk, terdapat pengedar dan stokis di setiap bandar utama di seluruh negara dan pihak syarikat juga membuka Natasya Shoppe untuk memudahkan pelanggan berurusan dan mendapatkan produk Natasya.

Pengasas Produk Natasya: Datin Hajah Muniroh Kasim

 

"Berakit ke hulu berenang ke tepian, bersakit dahulu bersenang kemudian', begitulah alun pepatah yang menggambarkan kegigihan dan usaha Datin Hajah Muniroh Kasim demi untuk memastikan empayar perniagaannya berkembang pesat. Pengasas produk Natasya ini melangkah awal dalam perniagaannya dengan memasarkan produknya secara kecil-kecilan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah sebelum menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia. Ternyata usaha yang bertali arus membuahkan hasil yang membanggakan."
"Pada awalnya, produk NATASYA masih di peringkat percubaan, kami hanya memasarkan produk tersebut tanpa menggunakan label dan pembungkusan rasmi. Sasaran pemasaran kami ketika itu adalah di kawasan kampung, kilang, pasaraya, jabatan kerajaan, badan berkanun dan juga di semua tempat yang menyediakan kaunter promosi. Selain itu, kami turut cenderung menjalankan promosi secara 'face to face' kerana ia ternyata lebih berkesan dan sekaligus mampu memberi penerangan terperinci tentang keberkesanan produk ini secara terus kepada pengguna' kata usahanita ini. Setelah sambutan yang diterima amat menggalakkan, produk kecantikkan berasaskan herba ini mula melebarkan sayap menjelajah destinasi lain seperti Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan tempat-tempat lain.
Bermula 2004, Datin Hajah Muniroh mula mengedarkan produk kecantikan ini secara rasmi dengan mengekalkan dua produk utama iaitu sabun dan krim malam manakala label Natasya digunakan sempena kelahiran cucu keduanya, Natasya.
"Rata-rata pengguna produk kecantikan di Malaysia mengagungkan produk luar Negara dan mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan produk tersebut. Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk membuktikan bahawa produk kecantikan keluaran tempatan juga mampu setanding dengan produk luar," jelas Datin Muniroh.  
"Selain itu, kebanyakkan produk kecantikan lain yang ada di pasaran memerlukan kos yang tinggi untuk di miliki, tetapi produk Natasya pula direka untuk di sasarkan kepada semua golongan termasuk pertengahan dan bawahan.Hanya memerlukan RM35.90, pengguna dapat memiliki satu set produk yang mampu menyelesaikan masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan bintik hitam."
Dengan menggunakan produk Natasya, pengguna hanya memerlukan dua produk sahaja sedangkan produk lain memerlukan banyak produk sampingan lain seperti penyegar, pencuci dan sebagainya. Selain itu, produk Natasya bukan sahaja boleh digunakan oleh golongan wanita bahkan turut sesuai digunakan untuk kaum lelaki. "Dari aspek penyelidikan, produk Natasya dihasilkan seratus peratus berasaskan herba dan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya. Bahan-bahan herba tempatan diberi keutamaan dalam penghasilan produk Natasya kerana saya yakin ia memberi kesan yang mujarab terhadap masalah kulit muka tanpa berlaku sebarang pengelupasan.Natasya juga tidak mengandungi agen pemutih tetapi ia mampu mencerahkan kulit anda seperti sediakala dengan hanya menggunakan bahan herba semulajadi sepenuhnya."

Produk Kecantikan 
Produk Natasya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Terdapat 3 jenis rangkaian produk Natasya iaitu Natasya Herba, Natasya Gold dan Natasya S Series.

a) Natasya Herba
b) Natasya Gold


 c) Natasya Series S



Artikel : www.natasya2u.com
 

Sample text

Sample Text

Sample Text